Zakat

Membayar Zakat Harta dalam dinar dan dirham

dinar emas

Menunaikan Zakat Harta dalam dinar dan dirham
Zakat tidak boleh dibayar dengan menggunakan hutang (debts) mahu pun surat janji pembayaran. (promissarry notes )atas kertas. Zakat hanya dapat dibayar dengan menggunakan barang yang memiliki nilai yang nyata, yang disebut dalam bahasa Arab disebut sebagai ‘Ayn. Zakat tidak boleh dibayar dengan menggunakan janji pembayaran atau hutang, yang disebut dalam bahasa Arab sebagai Dayn.

Sejak awal zakat dibayar dengan menggunakan Dinar dan Dirham. Sebuah bukti nyata bahwa pada sepanjang masa pemerintahan Othmaniah hingga jatuhnya Khalifah, zakat tidak pernah diperkenankan dibayar dengan menggunakan wang kertas.

Shaykh Muhammad ‘Illysh (1802-1881), seorang Qadi Maliki yang terkemuka, berkata bahwa jika anda ingin membayar zakat dengan menggunakan wang kertas, maka anda harus membayarnya sesuai dengan nilainya sebagai benda (’Ayn) yang ertinya dari kertas itu sendiri. Maka dari itu, kertas itu tidak diperkenankan sebagai alat pembayar zakat.

“Jika zakat menjadi wajib, apapun bendanya, akan dihitung/dinisab berdasarkan sifat dan jumlahnya, bukan berdasarkan nilainya, seperti yang terjadi pada perak, emas, biji-bijian, buah-buahan dan ternakan. Apabila sifat dari benda tersebut tidak memiliki keutamaan dalam hal zakat, maka benda tersebut akan diperlakukan sebagaimana halnya tembaga, besi atau yang sejenisnya.”

Kaedah cara pembayaran zakat telah dijelaskan dan diatur secara sempurna dalam Feqah  Islam. Selama berabad-abad, ketika Syari’ah Islam ditegakkan oleh seorang Khalifah atau seorang Amir, zakat dibayar dengan menggunakan emas dan perak. Ketika wang kertas pertama kali diperkenalkan, pada abad-abad akhir oleh kekuatan kolonialisme, para ulama tradisional menolak kehadirannya kerana sifatnya yang bertentangan dengan Syari’ah Islam.

Menurut pandangan para ulamak tersebut, wang kertas hanya dapat dilihat sebagai fulus yang berada dalam kategori mata wang rendah yang hanya dapat digunakan sebagai pecahan mata wang kecil. Sebagai contohnya, tidak diizinkan untuk menggunakan fulus dalam perjanjian qirad . Termasuk ke dalam golongan ulama tersebut, terdapat seorang alim terkemuka keturunan daerah maghribi, Shaykh Muhammad ‘Illyash yang merupakan Shaykh dari para Shaykh fiqih Maliki di Universiti Al Azhar Mesir.
Beliau menulis dalam Fatwanya:
‘Saya ditanya mengenai penilaian saya terhadap cop Sultan (sejenis wang kertas yang digunakan pada zaman akhir Othmaniah) yang beredar sebagai pengganti dinar dan dirham. Apakah Zakat wajib atasnya, sebagaimana yang terjadi pada emas, perak dan barang dagangan, atau tidak?’
Saya menjawab:
“Segala puji bagi Allah dan rahmat dan kedamaian bagi Junjungan kami, Sayidduna Muhammad, Rasulullah.”
“Tidak ada zakat yang dibayarkan atasnya, sebagaimana zakat diwajibkan atas haiwan ternak, beberapa jenis biji-bijian dan buah-buahan, emas, perak, nilai dari pendapatan dagang dan barang simpanan. Barang yang disebutkan di atas (Cop Sultan) tidak termasuk ke dalam kategori tersebut.”
“Engkau akan melihat amal dari penjelasan mengenai hal ini pada syiling tembaga atau fulus yang dicetak dan diberi cop Sultan yang ada dalam peredaran, di mana tidak ada zakat yang dibayarkan atasnya, kerana tidak termasuk ke dalam kategori yang wajib untuk dizakatkan. Sebagaimana tercantum dalam kitab Mudawwana: ‘Barangsiapa yang memiliki syiling kecil (fulus) senilai 200 dirham dalam satu tahun, tidak diwajibkan zakat atasnya, kecuali ia merupakan barang dagangan. Maka, si pemilik harus melihat nilai syiling tersebut sebagaimana nilai barang dagangan.’”

“Dalam kitab ‘Al-Tiraz’, disebutkan Abu Hanifa dan Asy-Syafi’i menyatakan dengan tegas pembayaran zakat atas syiling kecil (fulus), kerana keduanya mempertimbangkan pentingnya membayar zakat atas nilainya, di sebutkan juga bahwa terdapat dua perbedaan dalam pendapat Asy Syafi’i, ia menyatakan bahwa sikap mazhab yang menyatakan tidak mewajibkan zakat atas wang kecil, tidak ada perbedaan pula bahwa syiling kecil dilihat dari nilainya, bukan dari berat dan jumlahnya. Jika zakat menjadi wajib, apapun bendanya, akan dihitung/dinisab berdasarkan sifat dan jumlahnya, bukan berdasarkan nilainya, seperti yang terjadi pada perak, emas, biji-bijian, dan buah. Apabila sifat dari benda tersebut tidak memiliki keutamaan dalam hal zakat, maka benda tersebut akan diperlakukan sebagaimana halnya tembaga, besi atau yang sejenisnya.”
“Dan Allah, segenap puji dan sembah bagiNya, Maha Bijaksana. Semoga Allah memberkahi dan memberikan kedamaian bagi junjungan kita, Nabi Muhammad beserta seluruh keluarganya.”
(Diterjemahkan dari kitab ‘Al-fath Al’Ali Al-Maliki’, hal. 164-165)

Fatwa ini menyatakan bahwa wang kertas adalah fulus kerana wang kertas hanya mewakili nilai nominal wang dan tidak memiliki nilai dagang. Maka dari itu, zakat tidak dapat dibayar dengan menggunakan wang kertas yang nilainya  hanyalah kertas (kertas tidak dikenakan zakat). Apabila penggunaan Dinar dan Dirham sebagai alat pembayaran zakat ditegakkan kembali, maka jutaan syiling emas dan perak akan kembali hadir dalam kegiatan perniagaan seharian.

di petik dari dirham2dinar.com

No comments:

Post a Comment